Rabu, 18 Mei 2011

kimchi

aku ni dan ramai lagi yang seangkatan denganku adalah peminat tegar drama bersiri korea. dan berdasarkan tajuk di atas pastinya dah boleh diagak apa yang aku makudkan. hmmm setiap kali aku tengok dorang makan dalam drama, huh mesti aku pun nak juga rasa..tapi sampai sekarang belum pernah aku ada peluang..dan rasanya sussah kot nak dapat kat sini....

Sabtu, 14 Mei 2011

pesona sangkakala: bulan mei adalah bulan yang paling banyak 'hari' ...

pesona sangkakala:
bulan mei adalah bulan yang paling banyak 'hari' ...
: "bulan mei adalah bulan yang paling banyak 'hari' , kenapa? cuba fikir balik..dari awal bulan hari buruh, hari ibu, hari belia, hari guru, ..."

bulan mei adalah bulan yang paling banyak 'hari' , kenapa? cuba fikir balik..dari awal bulan hari buruh,
hari ibu, hari belia, hari guru, hari jadi...bla..bla...tapi yang paling popular adalah hari ibu..

dan pada masa ini...anak2 akan sibuk memberi ucapan kepada ibu...tapi bila bulan ni dah berlalu,
ucapan untuk ibu pun hilang bersama habissnya bulan meidan kitaran ini akan bermula lagi tahun berikutnya
seakan-akan ibu hanya dihargai apabila tiba hari ibu.

sedarkah kita
bahawa kita sebenarnya sedang mengikuti amalan barat?
bukankah ibu wajib dihargai setiap masa, setiap saat
bukan hanya setahun sekali

tidak perlu hadiah hebat dan mahal
bukan itu yang diharapkan oleh sang ibu
cuma penghargaan dan kasih sayang
dari sang anak

namun kekadang
sang anak alpa dan lalai
dalam meniti arus kemodenan
dan mengharung lautan rumahtangga
sang ibu dipinggir dan disingkir
tiudak diletak selayaknya
hinggakan
sang ibu berkecildan terasa hati

aku berdoa dan bermohon
kepada yang menciptakan aku dan ibuku
agar aku mampu menjadi anak yang solehah
yang berbakti kepada ibuku
dalam susah dan senang
yang menyenangkan hatinya

dan kelak
apabila jodohku sampai
aku berdoa moga pasanganku
akan menyayangi dan menghormati ibuku
malah lebih baik dari aku
agar aku juga menjadi menantu
yang disenangi oleh mertuaku

ibu...ibu...ibu...
siapalah aku tanpamu
setiap jerihmu
penat lelahmu
 tidak mampu aku balas
aku pohon jannah untukmu
agar engkau bahagia dunia dan akhirat
agar impian dan citamu terlaksana
agar kelak kami akan mencontohi
kegigihan dan kecekalanmu
menongkah arus dunia
...ibu...
aku sayang padamu
dulu..kini...dan insyallah selamanya
tetapkanlah hatiku ya ALLAH....

Jumaat, 6 Mei 2011

"sorry, i'm late because my slipper is hilang"

ok...dah tau kan yang aku ni ada buat kelas tusyen kat rumah...jadi nak dijadikan cerita...kisah ni berlaku malam jumaat lepas...aku dan anak buahku yang comel lagi cute pergi ke masjid untuk solat maghrib secara berjemaah dan seterusnya membaca Surah Yasin dan tahlil arwah secara berjemaah.....kami diberi satu tapau setiap sorang yang berisi roti canai dan kuah kari...alhamdulillah...semua pun rezeki dariNYA..tak kira banyak atau tak banyak....
mengikut perancangan awal, kami nak balik lepas habis baca yasin dan tahlil, tapi dek sebab waktu isyak dah nak masuk, maka kami tak jadi nak balik..... yang menjadi ironinya..malam tu ada kelas tusyen yang dijadualkan bermula pukul 7.30pm.....tapi kami lambat balik dari masjid..dan yang membantutkan lagi kisah ni...seliparku...hilang pulak..kalau dua-dua tadi tak pelah..ni sebelah jak...bikin panas...dah lah lewat untuk kelas tusyen, selipar lagi mau di cari...hmmmm.....nasib baiklah dapat balik seliparku yang mungkin tertendang oleh jemaah lain masuk ke dalam longkang....dan nasib baik juga...longkang tu kering....alhamdulillah.....kalau tidak, kan jadi kerja lagi...
ok..dah jumpa selipar, kami pun berlari balik ke rumah..dan budak-budak tu dah duduk di meja menunggu..aku dengan muka yang kurang rasa bersalah ssambil tersengih memberi salam dan berkata, "sorry, i'm late because my slipper is hilang"
dari ayat di atas, dapat disimpulkan bahawa dah lah lewat, grammar bi pun salah....

Sabtu, 30 April 2011

aku dan algebra 2

berbalik kepada persoalan tadi...ilmu yang pernah kita timba suatu masa dahulu, tidak akan hilang. Bahkan, ianya tetap tersimpan kemas dalam sistem perfailan otak yang menunjukkan akan kebesaran dan keagungan ALLAH..dan kita tetap juga jahil dalam menilai rahmat dan nikmat darinya...

aku dan algebra

rasanya dah terlalu lama ku meninggalkan zaman persekolahan..dan sudah agak lama aku tidak membuka buku..apatah lagi untuk membacanya...dan baru2 ni aku terjoint seorang 'kakak', memberi kelas tuition ...
dari situlah agaknya yang memukaddimahkan aku untuk membuka semula lembaran2 ilmu yang telah lama aku tinggalkan...dan tatkala itulah aku sedar bahawa ilmu tidak pernah meninggalkanku, bahkan akulah yang telah melupakannya....